MARQUEE 1

Sila dapatkan bahan di Menu Muat Turun

PENJODOH BILANGAN

 

Penjodoh Bilangan

Nota
1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta penggunaannya.
4. Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
5. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Penjodoh Bilangan
Penggunaan
baris
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya

batang
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya

biji
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya

cucuk
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya

das
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam

ekor
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya

gugus
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya

ikat
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya.

jambak
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya

keping
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya

ketul
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya

laras
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya

lembar
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya

pasang
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya

sikat
Untuk pisang

ulas
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya.

utas
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya

Tip
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:
1. (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. (salah)
(b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. (betul)
Penjelasan : Ada kalanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

2. (a) Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat yang bernas. (salah)
(b) Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang bernas. (betul)
Penjelasan : Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
3. (a) Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan di rambutnya. (salah)
(b) Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)
Penjelasan : Penjodoh bilangan perlu digunakan bersesuaian dengan konteks ayat.

Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:

Penjodoh Bilangan
penggunaannya
Contohnya
angkatanuntuk sekumpulan manusia atau bendakapal, tentera, pelukis, penulis
barisuntuk kedudukan benda/manusia yang berbarisorang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batanguntuk menunjukkan benda-benda yang panjangsungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentukuntuk benda-benda kecil yang berkelukmata kail, subang, cincin
berkasuntuk benda-benda yang diikat bersama-samakunci, lidi, kayu
bidanguntuk benda-benda yang terbentang luastanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
bijiuntuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecillabu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
Bilahuntuk benda-benda yang tajamparang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buahuntuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentukereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
bukuuntuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkahsabun, roti, benang
butiruntuk benda-benda yang bulat atau keciltelur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebisuntuk benda-benda yang dikoyakkankertas, kain
cubituntuk benda yang diambil sedikit dengan jarigaram, gula, kunyit
cucukuntuk benda-benda yang dicucuk dengan lidisate
dasuntuk bunyi letupan atau tembakanmeriam, pistol, senapang
deretuntuk benda-benda yang tersusunbangunan, rumah, kedai, kereta
ekoruntuk semua jenis binatangnyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
genggamuntuk benda-benda yang digenggampasir, beras, padi
gugusuntuk buah-buah ataupun bendaanggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
gulunguntuk benda-benda yang bergulungfilem, permaidani, tikar, dawai, kertas
helaiuntuk benda-benda yang nipis dan lebardaun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
ikatuntuk benda-benda yang diikatkayu, lidi, tebu, sayur, papan
irisuntuk benda-benda yang dipotong kecil-kecilbawang, timun, daging, buahbuahan
jambakuntuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkaibunga, kunci
kakiuntuk benda-benda yang bertangkaipayung, cendawan, bungs
kawanuntuk kumpulan haiwanlembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompokuntuk sekumpulan manusia, haiwan, dan bendaburung, awan, pulau, bintang
kepaluntuk benda-benda yang dikepal dengan tangannasi, pulut, tanah
kepinguntuk benda-benda yang nipis atau pipihroti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
keratuntuk bahagian benda-benda yang dipotongroti, tiang
Ketuluntuk benda-benda yang berketul dan paduais, daging, tulang, sabun, roti
Kotakuntuk benda-benda yang diisikan di dalam kotakmancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
kuntumuntuk bungsmawar, melati, anggerik
Larasuntuk senjata apipistol, senapang, meriam
lembarbenda-benda yang lurus dan panjangkertas, dawai, benang
longgokuntuk benda-benda yang berada dalam longgokandurian, pakaian, tanah, cili
naskhahuntuk bahan bacaan yang berjilidsurat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
Oranguntuk manusiaguru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
Papanuntuk benda-benda yang berbentuk kepingancoklat, petai, mercun
pasanguntuk benda dan manusia yang berpasanganpakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
pangsauntuk bahagian dalam buahdurian
pasukanuntuk sekumpulan orang yang berpakaian seragampemain kompang, polis, tentera pengakap
patahuntuk kataperkataan, kata-kata
potonguntuk benda-benda yang sudah dipotongkuih, daging, roti
pucukuntuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata apijarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung
puntunguntuk sebahagian benda yang masih menyalarokok, bara, kayu api
rangkapuntuk puisipantun, sajak, syair
rawanuntuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersiratjala, jaring, pukat
ruasuntuk benda yang beruas-ruastebu, buluh
rumpununtuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapatbuluh, tebu, serai, pandan, padi
sikat/sisiruntuk buah pisangpisang
tandanuntuk buah-buahan yang bertandanpisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkaiuntuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkairambutan, duku, kenanga, padi, daun
titikuntuk cecair yang menitisair, darah, dakwat, embun
tongkoluntuk buah yang bertongkoljagung
ulasuntuk isi buah-buahan yang berpangsadurian, limau, nangka, cempedak
uratuntuk benda-benda yang halus dan panjangrambut, benang, dawai,
utasuntuk benda-benda yang panjangtali, dawai, rantai
 

(Sumber : http://mrafain.blogspot.com/p/sistem-bahasa_23.html )


radio


LAMAN UTAMA

SELAMAT DATANG KE SK SUNGAI KERING 06900 YAN KEDAH DARULAMAN